Terima kasih anda telah mengunjungi blog Yayasan Maraqitta'limat***Info Yayasan Maraqitta'limat bisa dilihat di yamtia.wordpress.com***Pemondokan jamaah haji tahun ini paling jauh 4 km dari masjidil harom***Pelajar di Makkah Mukarromah siap membantu jamaah hajji selama berada di Makkah Mukarromah***Para Relawan siap kembali dikirim ke Gaza

Rabu, 26 Mei 2010

Renungkanlah

Assalaamu 'alaikum ...

Ini ada kisah penguburan, Insya Allah menjadi i'tibar buat kita semua. Kisah Benar yang diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Kejadian ini terjadi di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah orang kaya serta berpengaruh dimasyarakat.
Begini ceritanya .........
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun.
pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu macam-macam jenis mayat saya uruskan.
Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sekitar kota selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun lalu menyebabkan sayapada satu kes yang cukup "istimewa"
sepanjang saya menguruskan jenazah.

Inilah kalipertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan,menakutkan dan sekaligus menberikan banyak iktibar. Peristiwa itu berlaku dua hari lagi sebelum pilihan raya di Serkam, Melaka.
Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidak dapatlah saya nyatakan di sini. Ianya terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengobati mata ibunya bagi kali terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan kembali dapat membaca al-Quran.Tapi bila saya hendak pulang, anak allahyarham datang dan menemui sahabat saya tadi dan bertanya apa saya dapat mengurus jenazah atau tidak.
Kawan saya kata " Cobalah tanya dia sendiri".
Tapi kawan saya pernah memberitahu dua bulan yang lalu saya sedang mengadakan kursus dalam hal pengurusan jenazah. Anak allahyarham menemui saya. Saya beritahukan jenazah tidak baik dibiarkan lama-lama.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, tercium bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup jijik dan busuk.

Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Bila saya tengok wajah allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang
dirundung oleh macam macam perasaaan ........ takut, cemas, kesal dan macam macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak allahyarham dan saya potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikut kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.
Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Sekedar Untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah,badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk mengeluarkan najis yang tersisa. Maka saya pun urut urutkan perut allahyarham.
Tapi apa yang berlaku pada hari itu sangat mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tapi melalui mulutnya.
Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut urut lagi perutnya Tapi najis keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar debar.

Apa yang sedang berlaku didepan saya ini..???

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis, saya harap ianya tidak berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali terakhir.
Tiba tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hibup.
Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya mengurusnya cuma lima jam setengah selangnya.
Aneh, bagaimana dalam tempo yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak allahyarham. Mereka seperti terkejut.
Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka.
Saya tengok dua orang pembantu tadi,mereka juga terkejut dan panik.
Saya katakan kepada mereka, " Inilah ujian Allah kepada kita."
Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi pergi memanggil semua anak allahyarham.
Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung karena mempunyai tujuh
orang anak, kesemuanya laki laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini.
Bila kesemuanya anak allahyarham masuk,saya nasehati mereka. Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok guru.

Saya berkata, ingat satu masa dahulu ibu kalian sibuk maka allahyarham
pernah memandikan kalian. Itulah jasa dan pergorbanan seorang bapa.
Tetapi saya kesal kerana dalam saat saat begini anak anak allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditunggingkan mayat tersebut, tiba tiba keluarlah ulat, ulat yang masih hidup. Hampir sebaskom banyaknya.
Baskom itu kira-kira besar sedikit daripada penutup saji meja makanan.
Subhanallah........ Suasana menjadi makin panik.
Saya terus mencari akal dan berharap tidak berlaku lagi kejadian kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak anaknya mengambil kain kafan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat sebab saya takutperkara perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan diatas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi ujung kepala dan kaki, tidak ada lebih. Maka saya tak dapat mengikat kepala dan
kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap dikala memotongnya.
Lalu saya ambil baki kain, saya potong dan tampung ditempat tempat yang
kurang.
Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-sambung, tapi apa nak dikata, itulah yang dapat saya lakukan. Dalam masa yang sama saya berdoa kepada Allah

" Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah,
cukuplah sekedar peringatkan kepada hambamu ini. "

Selepas itu saya beri taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan, yang hadir cuma 13 orang saja. Sehabis sembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantar ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulan. Saya hubungi, Pusat Islam, DBKL, dan sebagainya tapi susah, mereka juga tidak mempunyai kerata jenazah karena kereta yang ada sedang digunakan.
Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul memawarkan bantuan..
Lelaki itu meminta saya menungu sebentar untuk mengeluarkan van /sejenis mobil pick-up dari garaji rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di rumah allahyarham, tiba-tiba isteri nya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di
khalayak ramai.

"Abang,saya tak benarkan mobil saya ini digunakan untuk angkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik mobilnya."

Renungkanlah,kalau tidak ada apa apa nya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu bawa kembali vannya. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia anak murid saya. Dia meminta izin dari saya dalam 10 -15 menit untuk bersihkan mobilnya itu.Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul mobil tersebut, tapi dalam keadaan basah kuyup. mobil yang dimaksudkan itu sebenarnya lori dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam.

Renungkanlah, pernahkan kita lihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam...???

Dalam perjalanan menuju kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak usah bantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya menganjurkan agar mereka pergi menguburkan orang lain dikampung yang sama,itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai saja jenazah kekuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering.
Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak allahyarham supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam peti dgn hati-hati. Saya takut nanti ia terlantang atau terlangkup nanuzubillah. Kalau mayat terlangkup .....tak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi.
Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut. Selepas itu
kami injak injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh mengherankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becek. Saya tahu, jenazah yang ada didalam tenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu.
Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak anak allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.
Artinya kubur itu tidak ditimbun hingga ke kepermukaanlubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talkin,saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.
Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah baru sekali dalam sejarahnya peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaanitu, saya ambil keputusan untuk selesaikan pengebumian secepat mungkin.

Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah,inilah mayat yang saya tidak talkinkan.
Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang kerumah allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri allahyarham apakah yang telah dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya.
Apakah dia penah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu , memakan harta masjid dan anak yatim?
Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya sehingga sekarang, tidak seorang pun anak allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak allahyarham merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristeri orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepang.
Saya bertambah sedih apabila dua orang yang mambantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka berkata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah allahyarham karena anak anak allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka berkata " Tidak ".
Peristiwa ini akan tetap saya ingat . Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri,ibu,bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita?

Adakah kita mahu berulang ulang kali dan hingga sampai satu masa nanti,
masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Renungkanlah ................

Semoga bermamfaat,

wassalam
M, Khalid Arachman

Tidak ada komentar:

Posting Komentar